"
Seorang
Sheikh telah mendapat jemputan ceramah agama dari sebuah perkampungan
yang letaknya sejauh 400km.Untuk tidak menghampakan penganjur dan
penduduk setempat, maka Sheikh tersebut pun bersetuju untuk datang ke
perkampungan itu. Sampai sahaja di perkampungan tersebut, beliau telah
disambut oleh seorang lelaki yang merupakan penganjur kepada program
ceramah yang diadakan. Si Sheikh agak terkejut dengan penampilan lelaki
itu. Bukan sahaja pakaiannya tidak sesuai dengan majlis ilmu, malah
tangannya pula asyik memegang puntung rokok yang berasap.
Si
Sheikh dapat mengagak latar belakang penduduk perkampungan itu dengan
melihat kepada peribadi lelaki penganjur itu. Jika si penganjur majlis
agama pun sudah macam itu, tentu agaknya penduduk lain lebih kurang
macam itu atau lebih teruk lagi.
Betullah
anggapan si Sheikh itu. Tidak sampai 15 minit ceramah disampaikan,
penduduk yang hadir dalam majlis ilmu tersebut mula bercakap sesama
sendiri. Ada yang tidur. Ada yang keluar dan masuk. Dan malah ada
yang mula menghisap rokok. Situasi ini amat tidak menyenangkan si
Sheikh itu. Sudahlah datang dengan memandu sejauh 400km untuk memberi
ceramah, begini pula layanan para penduduk kepada beliau.
Selesai
ceramah, si Sheikh pun pulang dengan sedikit hampa. Dalam hatinya
berkata, “selepas ini memang aku tak datang dah ke sini…”
Setahun berlalu.
Read more »