Kemana selepas PMR or SPM (Revised)

Assalaamualaikum... Apa khabar adik-adik semua? Semalam tak sempat nak tulis something sibuk sangat kat ofis. Tahun depan adik-adik yang baru dapat result PMR bakal masuk ke tingkatan 4 dan calon SPM 2011 bakal ke institusi pengajian tinggi nanti. Persoalan nak pilih kursus atau jurusan ni menjadi semakin rumit. 

Tahun lepas ada pelajar abang yang nak terjun tangki air kat sekolah sebab tertekan... parents nak suruh masuk kelas sains tapi dia nak masuk kelas akaun. Hemmm... kenapalahhhhhh jadi macam tu :) Kelas sains or akaun bagi abang semuanya terpulang kepada diri masing-masing... semuanya bagus. Tidak semestinya masuk kelas sains maka masa depan adik-adik akan terjamin dan tidak semestinya masuk kelas sastera atau akaun masa depan adik-adik gelap gelita. 




Kerajaan kita memang menggalakkan para pelajar terutama bumiputera untuk memasuki aliran sains baik tingkatan 4 mahupun lepasan SPM. Untuk itu syarat dipermudahkan berbanding zaman abng dulu. Ini kerana negara amat memerlukan tenaga kerja dan profesional dalam bidang ni. Untuk itu, ramai parents dan masyarakat nampak seolah-olah aliran sains, engineering, medic, biotek dan sebagainya adalah ends of life. Kat kampung abang nipun ada parents yang bukan main berlagak lagi cakap sana sini anak dapat masuk kelas sains tingkatan 4. Sedangkan anaknya tu just dapat 3A je PMR tupun bukan subjek sains. 

Tup tup.. bila SPM hancusssss... satu A pun takde... nak apply politekpun tak layak... apa lagi masuk matrik. Ini menjadikan anaknya tadi yang pada awal tingkatan 4 memulakan pengajian dengan keyakinan diri dan semangat yang tinggi ... menjadi hancur harapannya dan mulalah melibatkan diri dalam aktiviti tak sihat, rempit dan sebagainya kerana tension. Sebaliknya jika dia memilih aliran sastera atau akaun dia mungkin boleh berjaya dengan keputusan yang lebih baik berdasarkan PMR 3A tadi. Abang menulis dari pendapat peribadi abang sahaja. Sekiranya ianya tidak dipersetujui tak mengapa... Sebab bagi abang, bukan kursus atau aliran itu yang penting tetapi diri anda itu sendiri. 

Sekiranya anda adalah individu yang berkualiti, anda buat kursus apapun anda insyaAllah akan berjaya dalam hidup. Sekiranya anda memang benar-benar berminat dalam bidang sains, medic, engineering dan sebagainya dan anda memang berkemampuan contohnya dapat PMR straight A ... then go for it lah... betul tak? Kenapa nak buat sastera pulak... satu kerugian kepada negara. Anda teruskan masuk kelas sains belajar setinggi boleh dalam bidang yang anda suka .. keluar dan jadilah saintis, doktor atau engineer kebangggan negara. 

Jika ditanya abang berapakah keputusan minima untuk masuk kelas sains tingkatan 4, secara peribadi abang kata 5A pun masih fifty fifty. tupun 5A mesti Matermatik, Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sejarah. 5 subjek ni boleh dpat A adik-adik, abang syorkan masuklah aliran sains. Negara amat memerlukanmu. Jika adik-adik dapat keputusan PMR yang rendah... adik-adik masuk tingkatan 4 kelas sains abang khuatir adik-adik akan ketinggalan untuk bersaing dengan pelajar di MRSM dan SM Sains. Akhirnya adik-adik yang tercicir. Nak masuk IPT tak dapat selepas SPM. Maka ramailah yang terjebak dengan perkara yang tak elok. 

Apa-apapun keputusan bincanglah baik-baik dengan keluarga dan cikgu masing-masing. Abang percaya adik-adik abang adalah mereka yang sentiasa positif. Take care ye.


8 Responses so far.

  1. mr. x says:

    halo brother.sihat x ? I hope you fine. bila laman web baru nk tunjukkan. ok r, chow dulu . wakkuku

  2. Anonymous says:

    Betul jugak cakap abang raja 2...kat sek pun ckgu dahulukan kelas sains...tapi kls akaun ckgu x pndg...bila result spm kluar,bdk akaun dapat 8 atau 9 A mula laa cikgu 2 bangga...kalu x,memang la cgu x pndg..btl x...?

  3. saya ni pun lepasan spm 2011 , risau juga kalau tak dapat tempat belajar mana2 IPTA nanti .

  4. This comment has been removed by the author.
  5. Hamdallah.... 9A! Ambik sains sosial tmbh add math, Insya'Allah

  6. Anonymous says:

    salam abang raja..sy pelajar lepasan pmr.. alhamdulillah sy dpt 9A..sy sekolah di skolah kluster..ayh sy mohonkn smka sbb syg nk tingglkn b.arb..skolah sy pun ade alirn sains agma juge, tp klau sy b'skolah di skolah asal, sy kena msuk asrma sbb sy dah bpindh ke daerh lain..sy harap abg raja dpt cadangkn sy mane yg lebih bgus -smka @ skolah harian kluster..

  7. Anonymous says:

    salam abng raja..sy pljar lepsan pmr pastu saye dpat 1A 3B 4c saye nk tanye yang mne lebih kat seklh biase or sklah vokasional..sy nk tanye pendapt abg rja..

  8. Anonymous says:

    klo mcm tu masuk teknik
    klo ko masuk skolah harian
    ko akn dicampak kn dlm klas account perdagangan seni

    klo ko nk brubah
    amik teknik aliran elektrikal mekanikal ngan awm
    kat situ dia ade blaja add maths fizik kimia skli
    kne beri lebih tumpuan dlm klas......

Leave a Reply