Tips Temuduga Tajaan Ke Luar Negara

Assalaamualaikum...

Abang baru sampai di Bukit Mertajam. Baru je check in hotel Summit. Esok ada program di SM Sains Syed Shahbudin kat sini. Tadi abang ada dapat SMS dari seorang pelajar bertanya tentang tips untuk menghadapi temuduga tajaan ke luar negara.
Abang ingin menarik perhatian adik-adik bahawa semua yang dipanggil temuduga itu adalah mereka yang sudah sememangnya layak dari segi pencapaian akademik. Anda sudah layak dan temuduga tersebut adalah satu proses dimana pihak penaja samada MARA, Petronas atau JPA atau sesiapa sahaja mahu mengenali anda secara peribadi. Bila begitu maka anda jadilah diri anda sendiri. Tips yang paling penting adalah be yourself. Jangan berlagak pandai bila ditanya soalan-soalan yang anda tak tahu dan jujurlah sebab anda bakal membawa amanat kerajaan dan rakyat Malaysia semuanya untuk ke luar negara belajar dan balik ke Malaysia bersama-sama menyumbang pula untuk agama, bangsa dan negara.
Sewaktu proses temuduga tu, pastikan semua dokumen penting seperti sijil2 disusun dengan baik dalam folder plastik. Pakailah pakaian yang kemas, dan datang awal ke tempat temuduga. Remember.... don't smoking !!! Ada pernah terjadi calon temuduga hisap rokok dalam tandas dan kantoi dengan penemuduga. Sebaiknya tak payahlah merokok terus... berhenti je terus... Berjalan masuk dengan penuh yakin. DAn jangan lupa doa dan zikir... bacalah bismillah dan minta Allah permudahkan urusan anda. Berfikir dengan matang dan jika anda masuk ramai sekaligus jangan nak merendah2kan pendapat calon lain atau terlalu melebih2 sangat nanti orang akan nampak pesonaliti anda yang "over". Orang yang over ni biasanya dikatakan tin kosong. Bunyi je kuat... So.. bertenang dan sentiasa senyum ok...
Pastikan anda buat research tentang kursus yang anda nak buat, tempat yang bakal anda pergi, kenapa anda nak pergi ke situ dan pilih kursus tu. Itu je yang diorang nak tahu. Secara kesimpulannya, mereka nak tengok pesonaliti, tahap kematangan dan keterampilan diri anda. Itu je. Good luck ok.

4 Responses so far.

  1. srikandi says:

    SEGENGGAM TABAH

    Bertali arus dugaan tiba
    Menakung sebak airmata
    Namun tak pernah pun setitis
    Gugur berderai di pipi
    Tidak ditempah hidup sengsara
    Suratan nasib yang melanda
    Menongkah badai bergelora
    Diredah bersendirian
    Bagaikan camar pulang senja
    Patah sayapnya tetap terbang jua
    Sekadar secicip rezeki
    Buat yang sedang rindu menanti
    Segenggam tabah dipertahankan
    Buat bekalan di perjalanan
    Kau bebat luka yang berdarah
    Kau balut hati yang calar
    Telah tertulis suratan nasibmu
    Derita buatmu ada hikmahnya
    Terlukis senyum di bibir lesu
    Tak siapa tahu hatimu
    Biarpun keruh air di hulu
    Mungkinkah jernih di muara
    Biarpun jenuh hidup dipalu
    Pasti bertemu tenangnya ..

  2. Hai abg raja...sy slh seorg plajar mrsm kuala klawang...wktu abg wt motivasi kt sini dl,best sgt cz cara penyampaian abg 2 wat ati sy bersemangat nk blaja bersungguh2,tp lame kelamaan semangat 2 pudar cz sy hanyut dlm dunia percintaan n menyebabkn kputsn PMR sy mengecewakn kluarga sy...mcm mn cara nk naik kn semangat sy ni balik???

  3. A very familiar face of urs, abg Raja. Hi, it's me, Mohd Muzhafar Idrus, bekas pelajar Kolej Professional Mara Indera MAhkota, KPMIM di bawah mentor Dr Norhayati Mohd Noor. Ingat lagi tak? Saya (mozac) dan Hoeye( Azira)bersama-sama di bawah Peer Guidance Club (PGC)? Tak sangka, it's a small world where we can meet again virtually.

    I currently study in UKM, B.A. English Language Studies and Kak Yati currently pursues her PhD in UKM too. Terima kasih di atas tunjuk ajar dan semangat yang masih lagi terngiang-ngiang di telinga saya ini. Dengan demonstrasi oleh Abg Raja, cerita-cerita motivasi tu masih lagi melekat di kepala saya ini.

    Saya juga merupakan salah seorang member Student Body Council di Kolej Ibu Zain, UKM dan berhajat nak menjalankan program 'Bengkel Strategi Belajar di Universiti' pada 21 Julai ini di Lobi Kolej Ibu Zain, UKM. Saya juga berhajat nak menjemput Abg Raja sebagai penceramah pada satu hari tersebut, iaitu dari pukul 8.30 pagi sehingga 4/5 petang. Atau pun mengikut strategi abg Raja sendiri (ini merujuk kepada duration bengkel itu sendiri) . rasional di sebalik bengkel ini ialah nak berkongsi strategi bagaimana belajar di universiti yang sangat2 berbeza semasa di sekolah menengah. dan saya juga ingin menerapkan bahawa kuliah nota bukannya untuk dihafal kan, abg Raja? Sebaliknya, belajar di Universiti adalah berkaitan dengan theory for application kan? LAgi satu senario menarik di kolej ini ialah kurangnya penglibatan pelajar kolej saya ini dalam bidang-bidang ko kurikulum. Mereka menganggap bahawa masuk klub itu dan ini, pointer akan jatuh.

    Lagi satu, saya ingin sangat nak cakap dengan abg Raja personally mengenai bajet bengkel dan bahan2 yang perlu disediakan. Number saya ialah 012 6404692. Saya pon boleh call abg Raja, tapi bagaimana? saya dah lost contact dan tak sempat nak amik business card abg Raja tempoh hari. Saya juga ada blog- http://mozac.wordpress.com. Drop comments juga ya!

    Semoga abg Raja lulus ujian dan semangat abg Raja tu terus di hati saya dan bekas pelajar2 KPMIM selainnya. Do get me on the above bengkel, okay?

    Mohd Muzhafar Idrus
    ex- Student KPMIM

  4. Anonymous says:

    assalamualaikum abg. Raja....time kasih kpd abg. raja yang beri semangat kat sy ngan kekawan ari tu...abg raja doakan kjayaan sy dan pelajar kopu dalam SPM tahun nie ye abg Raja...

Leave a Reply