Malaysiakini - Tauke Misai Kucing; Supplier terbesar Malaysia ada di Kelantan

Hari Sabtu lepas pagi-pagi lagi aku bergegas ke rumah Mak nak bagi duit sebab mak nak buat kenduri arwah abang aku yang genap 3 tahun meninggal dunia. Aku singgah kejap di kedai kopi untuk bertemu orang kampung dan mendengar karenah cerita-cerita terkini mereka sambil sarapan. Aku masuk je satu kedai kopi kat kampung aku tu ada laa seorang pakcik tua berkain pelikat begitu sederhana sekali perwatakannya. Aku benar-benar terkejut mendapati pakcik ni rupa-rupanya seorang pengusaha ladang misai kucing yang amat disegani dinegara kita. Misai Kucing dari ladangnyalah yang di jadikan bekalan asas atau raw bagi kebanyakan syarikat pengeluar produk misai kucing dinegara kita termasuklah HPA Industries dan banyak lagilah. Pakleh namanya. Aku dengar ceritanya bagaimana beliau pada awalnya mengusahakan penanaman tembakau sejak sekian lama. Bila kerajaan Kelantan mula untuk tidak menggalakkan penanaman tembakau kerana tembakau itu merosakkan kesihatan dan memudharatkan ummah maka Pak Leh menukar dari tanam tembakau kepada tanam misai kuching. Bukan sedikit tetapi berpuluh ekar ladang miliknya. Ada yang diusahakan dengan kerjasama FELDA di Bukit Besi Dungun dengan keluasan melebihi 30 ekar. Di Kelantan sahaja ladang yang diusahakannya menjangkau 50 ekar. Pakleh mampu untuk mengeluarkan 1000 hingga 4000 kg misau kuching raw yang dah kering dalam tempoh sebulan. Apa yang aku kagumkan ialah perjuangannya dengan Islam, usahanya yang tidak pernah berputus asa cara kampung tetapi cukup bijak. Pak Leh tidak pernah bersekolah dan pada usia menjangkau 60an beliau sudah memiliki ladang serta kilang miliknya sendiri. Lebih seratus orang pekerja beliau seluruh negara. Pakleh minum air dgn aku dikedai kopi dengan berkain pelikat. Hisap rokok daun tetapi telefon dia sentiasa berdering. Dia tak jawabpun mana-mana call aku rasa kerana dia menghormati aku kot. Aku pulak yg jadi segan. Aku seperti kagum kerana Pakleh bukan seperti kebanyakan korporat yang aku kenal... berkereta besar... cakap kuat2 kat kedai makan bunyi juta-juta... bawak perempuan cantik... pergi disko... lobi sana lobi sini... Pakleh hanya dengan cara dan penampilan kampung nye aje. Baginya dia hanya buat apa yang patut dia buat. Selebihnya serah kat Tuhan. Produk Misai Kuchingnya bakal dieksport ke German tidak lama lagi. Perbicangan dengan pembeli dari Negeri Sembilan dijadualkan hari ni. Pakleh mintak diri. Aku tengok Pakleh berlalu. Terasa begitu rendah diri ini... apakah yg Tuhan nak bagi tahu aku melalui pertemuan aku dengan Pakleh hari ni?? Hanya aku dan Allah yang tahu. Yang pasti... aku rasa Allah nak bagi tahu aku dan nak aku tuliskan dalam blog ini supaya orang lain juga tahu sesungguhnya kita perlulah sentiasa bersederhana, tidak meninggi diri dan sentiasa ingatkan Allah walau sehebat manapun kita. Itulah yan aku dapat dari message yang Allah bagi untuk aku hari ni melalui Pak Leh. p/s: Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan bekalan (supply) misai kuching boleh hubungi aku direct ye...

6 Responses so far.

  1. kalau abg nak tahu...dalam Islam agama kita telah menyatakan bahawa kita perlulah bersederhana dalam kehidupan.bukan sahaja kehidupan tapi juga dalam setiap hal ....jgn terlalu berlebihan dan kurang tetapi cukuplah sederhana.dalam bahasa arab disebut mutawasid fil hayat..kalau abg dalami ilmu Tasawuf abg akan jumpa macam2 yang amt berkaitan dalam hidup kita seharian...ILMU TASAWUF amt penting dalam kehidupan dan perlu kita ketahui...

  2. kalau abg nak tahu...dalam Islam agama kita telah menyatakan bahawa kita perlulah bersederhana dalam kehidupan.bukan sahaja kehidupan tapi juga dalam setiap hal ....jgn terlalu berlebihan dan kurang tetapi cukuplah sederhana.dalam bahasa arab disebut mutawasid fil hayat..kalau abg dalami ilmu Tasawuf abg akan jumpa macam2 yang amt berkaitan dalam hidup kita seharian...ILMU TASAWUF amt penting dalam kehidupan dan perlu kita ketahui...

  3. brinching says:

    sekilo misai kucing kering berapa RM?
    saya di semenyih selangor, boleh pos tak?


    email saya brinching@gmail.com

  4. Anonymous says:

    kalo saya nak dalam 100g berapa Rm?
    Saya nk dptkan misai kucing dr kelantan.
    kalo boleyh emailkan sy malina_farra@yahoo.com.my

  5. tuan no untuk dihubungi,,, saya memelukan 2tan sebulan.

  6. Anonymous says:

    Saya nak misai kucing kering atau mentah dlm 5 kg berapa sekilo. Emailkan lily3133@hotmail.com

Leave a Reply