MATA KIRI BERGERAK-GERAK

Malam tadi sekitar pukul 10 mlm mata kiri rasa tak selesa sangat. Lepas tu rasa gatal-gatal kat dalam mata dan mata jadi berair. Entah kenapa pulak ... lepas titik ubat mata tahan laa sekejap pastu rasa gatal balik. Sepanjang malam takleh tidur. Sesekali datang dalam kepala abah yang dok sorang-sorang kat umah sebab mak dan adik2 yang lain ke Matrikulasi Perlis hantar adik yang mendaftarkan diri kat sana. Petang tadi dah bawa abah keluar makan macam ok je takkan ada apa2 kot. Bangun pagi tadi mata kiri ni masih rasa gatal2 tak selesa. Tengah dok kemas barang nak gi ofis dapat call ... abah yang call ... perlahan sangat suara dia. Abah sakit tenat ... baru je balik klinik jiran hantarkan. Ya Allahhhhh ... patutlah mata kiri ni rasa semacam je dari malam tadi. Rupa2nya dari malam tadi lagi abah dah sakit. Huhuhu... sedihnya. Abang didapati mengidap batu karang dalam buah pinggang. Berdesuttttttttttttttttt pecut kereta balik umah abah sebab abah dok sorang je tu. Sampai umah abah terbaring sorang2 takde sesapepun jaga. Tak makan apa2pun lagi ... aduh ... kelam kabut keluar gi beli nasik air untuk abah. Call Rustam dan Asmat kat ofis ... CANCEL semua appointment hari ni!! Apa2pun abah adalah keutamaan. Dalam meniti usia tuanya ni rasanya banyak lagi yang tak terbalas segala jasa dan pengorbanan abah. Hari ni dok umah abah jaga abah je ... Perghhhhh ... rasa puas sangat2 dapat jaga abah. Kalau sakit kritikal petang ni nak bawak abah gi hospital pulak...

One Response so far.

  1. abah abe ri sakit?

    *tadah tangan*

    saa doakan abah abe ri cepat sembuh..

Leave a Reply