UPU or Matriks; Panduan memilih IPT lepasan SPM


Sekarang ni ramai adik-adik abangraja tengah sibuk buat persiapan untuk sambung belajar samada ke Matrikulasi ataupun ke program Diploma UPU. Banyak benar SMS dan call yang abangraja terima dari adik-adik bertanyakan tentang yang mana satu untuk dipilih. Wahhhh ... manalah abang tau adik oiiii ... Itu kan semua masa depan adik2 dan adik2 sepatutnya jelas tentang hala tuju dan juga apa dan kemana nak dituju. Baiklah. 

Abangraja ingin berikan idea tentang pemilihan samada matriks or UPU ni. Sebenarnya bukan sahaja matriks dan UPU malah STPM juga amatlahhhhhhhhhhhhhhhhh bagus. Tapi masyarakat sering memandang pelajar STPM tu sebagai second class. Matrikulasi kononnya is the best place dan very prestigiuos. Betul ke macam tu. Malah kalau masuk UPU buat Diploma maka kawan2 atau masyarakat akan nampak macam low class sikit berbanding Matriks. Apa lagi STPM. Begitulah masyarakat kita... tak tahu apa2 tapi mudah nak buat judgement. Graduan Melayulah yang paling ramai sebab orang melayu tak dapat maklumat yang tepat, lebih petingkan glamor dan pandangan mata orang berbanding realiti kehidupan. Akhirnya berlakulah lambakan graduan di pasaran kerja seperti yang berlaku sekarang ni. Dianggarkan hampir 300,000 siswazah kita menganggur tidak mempunyai pekerjaan tetap yang stabil. Malah ada yang dah menganggur lebih 5 tahun. Bukankah mereka ni juga dulu cemerlang dlm SPM? 


Let me tell you something. Sebenarnya belajar di Matriks ke, UPU ke, STPM ke semuanya sama aje. Yang penting result kita bila habiskan mengajian tu nanti. Jika anda keluar matrikulasi dengan PNGK atau result yang rendah mana mungkin anda akan dapat apply ke IPTA pilihan ataupun ke kursus pilihan anda. Contohnya ... anda seorang yag dari jurusan Sains Tulen sewaktu tingkatan 5 dan result SPM sekadar cukup makan dengan keputusan subjek sains (Fizik, Kimia, Bio) yang tak berapa bagus maka anda apply Matriks Akaun di Kolej Matrikulasi dengan alasan nak mengelak subjek sains masuk Matrikluasi Sains Hayat atau Sains Fizik. Akhirnya anda dapat tawaran masuk matrik akaun. So anda excited!!! Ingat baik-baik !! Anda dulu masa SPM pelajar dari aliran sains tulen. Anda takde basic accounting atau subjek ekonomi. Bila masuk Matrik akaun anda kena struggle gile2 untuk score subjek akaun dan subjek business math. 

Kesannya anda mungkin ketinggalan berbanding pelajar lepasan SPM yang dah semulajadi dari aliran perakaunan. Anda akan tercicir pada setiap kali test dan quiz. Anda akan jadi blur dan self esteem akan jadi rendah menjunam. Anda tidak akan jadi pelajar popular dikalangan pensyarah. Akhirnya result akhir matriks anda akan dapat result yang tak seberapa. Kesannya anda mungkin dilelong ke mana-mana IPTA dan untuk buat kusus-kursus yang tak laku. Contohnya, bila anda keluar matriks dengan PNGK 2.11 anda mungkin dilelong ke Universiti Malaysia Sabah buat kursus Sarjana Muda Zoology atau ape2 sajelah contohnya. Infact, mungkin kelima-lima (atau mungkin tujuh) pilihan anda dalam permohonan ke IPT lepasan matrik nanti tak dapat. Anda akan dapat ijazah lelong ke universiti yang anda tak mintak? Kesannya?!!!!! 

You will suffer for the rest of your live... sepanjang hidup anda ... Masuk U yang tak suka... dapat kursus yang tak suka ... habis tu macm mana nak keluar U dengan result yang bagus??? Secara logiknya anda akan terus kecundang dengan keluar U dengan juga result yang tak seberapa ... Lepas tu macam mana nak cari kerja?? Sudahlah sekarang ni inflasi teruk giler... antara terburuk dalam sejarah negara... Dalam kes ini kalau anda dapat tawaran dari UPU untuk buat Diploma atau asasi sains UM atau matrikulasi UIA anda sepatutnya terus rembat. Matrikulasi ni bagi abangraja untuk mereka yang cemerlang... benar-benar cemerlang. Result SPM 8A, 9A or straight A tapi tak nak ke luar negara masuk laa matriks. Anda berjuang untuk dapat best result di Matriks PNGK 4.00 ataupun 3.50 ke atas lepas tu anda tak perlu fikir akan dilelong sebab semua U yang anda mintak gerenti dapat... begitu juga kursus yang anda mintak gerenti dapat sebab semua U amat mahukan pelajar-pelajar cemerlang ni masuk tempat mereka. 

Seperkara lagi anda perlu tahu... ada banyak kursus peringkat ijazah yang tak ditawrkan untuk lepasan matrikulasi. Antaranya Sarjana Muda Kaunseling. Untuk siapa yang minat dalam kursus ni ataupun kursus sarjana muda psychology ... ada banyak IPTA (malah kebanyakan rasanya) tidak menawarkan kursus ini untuk pelajar matriks. Maknanya pelajar matrikulasi langsung tak berpeluang untuk mengikuti kursus ijazah dalam bidang2 tertentu meskipun result matrik mereka bagus sebab IPTA itu memang tidak tawarkan kursus itu untuk lepasan matriks. Sebaliknya hanya pelajar lepasan STPM sahaja yang layak memohon. 

Maka jelas disini bukan matriks, UPU atau STPM yang jadi isu. Tetapi isu yang pertama adalah matlamat hidup, cita-cita ataupun apa sebenarnya minat kita? Mampukah kita? Berkebolehankah kita? STPM pun bagus ... abangraja pernah jumpa kawan yang anak dia dapat 8A SPM tapi ayah dia purposely hantar anak dia ke STPM je dan tolak tawaran ke matriks dan UPU. Akhirnya anak dia dapat jadi best student STPM peringkat negeri dan akhirnya dapat tawaran ke luar negara. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh ... lagi bestttt!!! 

Moral of the story... belajar kat mana-manapun sama je. Yan penting diri kita. Kalau diri kita ni jenis yang study dan jenis yang berdisiplin, budak baik dan seorang scorer .. kita pergilah mana-manapun kita tetap akan jadi champion. Tapi kalau kita jenis kaki main, kaki wayang, kaki cintan cintun, kaki berkawan, kaki terlalu aktif kokurikulum (Gila Glamour), maka anda pergilah matrik ke .. UPU ke.. STPM ke ... you'll be a loser!!

8 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    STPM adalaha pilihan terbaik sebenarnya....

  2. thanx abang raja... naik semangat cikit nak masuk asasi...

  3. zainie says:

    diriku antara yg tersalah mimilih hala tuju slpas SPM 06..hnya dpt bertahan 2 semester shja di uitm,kemudian kecundang d persimpangn..skrang aku bingung memikirkan msa depan ku yg kabur..sesiapa yg dpt membantu??emel ke ae_lupklasndri89@yahoo.com

  4. abg raja.. macam mane kita nak sambung degree luar negara..? saya pelajar diploma politeknik nk further studies luar negara.. ad ap2 info abg ley share..?? email saya..
    pelangitomey@gmail.com

  5. Anonymous says:

    TQ atas advice abanraja, seperkara lagi jika dilihat lambakan graduan yg keluar dari u samada dlm dan oversea, masalah penempatan mereka dalm kerjaya masih merungsingkan. Sebagai contoh kawan saya keluaran dari u luarnegara dlm jurusn engineering dan ada dlm jurusan lain lps graduate xdpt kerja, yang sorang terpaksa mngajar di IPTS sb xde pilihan yg seorng masuk dip ed sb yg sama...keputusn baik mereka dlm spm xmnjamin juga...apa pndgn abngraja solution utk memilih kursus yg mndpt tempt utk berkerja. PTPTN ke MARA kena tanggung. Betul kata abngraja kursus glamour kat u tapi gah dlm cert je...abngraja kena faham kami ni nak kerja...u tu sebagai asbab memudahkn kami utk memohon kerja. Isi e form kat JPA smpai sekarng xde jawapan...hai nasib u yng melambak kat sini. Saya teringat kawan saya minat jadi guru, kptsn ok masuk UPSI bidang perguruan sampai sekarang xde kerje kena bersaing pula dgn budak KPLI yang cuma setahun je dlm kursus perguruan iaitu dip ed...budak ni yg dipanggil sedangkan dia 4 thn bidang perguruan di UPSI. Adakah dia salah pilih kursus

  6. sayesaye says:

    salam,abang raja buat la entry ade perenggan.pening pulak nak bace.hehe.sekadar cadangan:)

  7. assalammualaikum..terima kasih abg raja ! smgt berkobar2 lepas baca entry abg raja ney.. betullah kata2 byk graduan..spm hnyalah tiket utk smbg belajar...cemerlang atau tidak itu semua bergntung kpd minat kita sndiri..dan yg penting sudah tentu rezeki dr ALLAH..abg raja, doakan sy dipilih utk masuk ke ipta ye..even result spm sy taklah bagus mana.. tankz again abg raja..

  8. abg raja .. nk tanya .. jurusan KEMANUSIAAN tuw macam mana ? saya dapat tawaran ke ting 6 .. boleh share ? :) kalau tak keberatan email saya : nooradenaramlee@yahoo.com

Leave a Reply