Punca mengantuk dalam kelas

Hari ni program abangraja satu hari suntuk bersama dengan para pelajar calon PMR SBPI Kuantan. Sejuk hati tengok adik-adik PMR ni... semuanya begitu well mannered ! Wahhhh ... sopan and betul-betul hebat! Semuanya berikan fokus yang begitu hebat ... air muka semuanya jernih je. Sempat berbual jap tadi dgn adik-adik dan mereka bagitahu kat SBPI Kuantan solat berjemaah 5 kali sehari... wahhhh best betul ! Patutlah semuanya macam budak baik je. Sesungguhnya solat telah jadikan pembentukan personaliti adik-adik menjadi pelajar yang hebat!

Menyentuh soal mengantuk dalam kelas ... isu mengantuk ni memang sering diperkatakan. Punca mengantuk ada banyak sebab. Kalau kita perasan betul-betul rasa mengantuk ni akan lebih ketara bila masuk ke sekolah asrama. Ini kerana sistem makan di sekolah berasrama yang ikut jadual menjadikan para pelajar hanya boleh makan pada waktu yang di tetapkan. Sedangkan kalau di rumah kita boleh makan bila-bila masa saje. Di asrama kalau terlepas waktu makan disebabkan sibuk or tertidur ke apa ke maka nak makan kena tunggu the next schedule. Kalau ada duit takpelah boleh makan kat cafe ... berbayar tapi nak makan kat dewan makan kena tunggu next schedule makan. Hal ni amat menyumbang kepada faktor mengantuk dalam kelas terutama kepada para pelajar yang tak berduit. Selain dari itu punca lain mengantuk dalam kelas adalah waktu rehat dan tidur yang tak menentu. Malam ni tidur pukul 11 malam esok pukul 1 pagi malam semalam pukul 9.00 malam.

Hahhhh ... tidur yang tak konsisten waktunya boleh menjadikan kita jadi mengantuk dalam kelas. Ini kerana otak kita seolah-olah tak boleh nak set bila waktu tidur kita yang sebenarnya. Justeru itu otak akan jadi letih dan mulalah dia nak tidur waktu kita dalam kelas. Makanan yang kita makan juga boleh menyebabkan kita mengantuk. Makanan yang berlemak seperti nasik lemak, makan makanan dalam kuantiti yang banyak semasa sarapan serta makan makanan yang tak berkhasiat seperti junk food yang berlebihan boleh juga menyebabkan mengantuk. Makanan berlemak yang di makan akan menyebabkan proses pembakaran makanan tersebut dalam badan berlaku secara intensive. Proses pembakaran ini menyebabkan banyak oksigen dalam badan diperlukan untuk membantu proses pembakaran ni.

Maka hal ini menjadikan kurang oksigen di supply ke otak. Bila kurang oksigen dihantar ke otak maka kita akan jadi mengantuk. Tidur yang tidak cukup ataupun terlebih tidur (over slept) juga menyumbang rasa mengantuk dalam kelas. Untuk itu adalah bagus jika kita sentiasa tidur pada waktu yang konsisten. Para pelajar sekolah seeloknya tidur 6 jam sehari. Tengah haripun kalau boleh tidur kejap dalam 10 minit. Kalau tak lelappun takpe. Baring dan pejam mata je dalam 10 minit. Infact, tidur kejap tengah hari nipun di ajar dalam agama kita. Banyak tidurpun bahaya ... otak akan nak tidur jee sepanjang masa maka kita akan jadi mengantuk sepanjang masa. Pelajar IPT yang memerlukan stay up malam-malam takpe sebab siang mereka kadang-kadang takde kelas so boleh qada' tidur... :)

 Ada orang kata faktor genetik juga boleh dikaitkan dengan mengantuk dalam kelas. Entahlah tak pasti pulak abangraja tentang ni. Ada ke orang yang dilahirkan dalam satu genetik mengantuk... errrrr kurang pasti pulak. hehehehe... Anyway berkawan dengan orang yang mengantuk atau duduk dekat dengan mereka pun boleh jadikan kita mengantuk ... macam berjangkit kot... hehehe... tak percaya cuba perhatikan... kalau orang sebelah menguap kita kadang-kadang termenguap jugak kan? Kenapa eh... hahhhh tulah yang abang kata berjangkit tu. So elakkan duduk dekat dgn orang yang mengantuk ni. Try ok...

5 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    tq... best..^_^

  2. Anonymous says:

    all day , all night , wtf .

  3. Anonymous says:

    tq:)

  4. Anonymous says:

    macam mana nak pastikan kwn kita yg duk sebelah supaya tak tidur dan pde wktu yg sama nak fokus dlm kelas kalo asyik duk kejutkan dia?? dan cam na nak pastikan dia wat kerja sekolah tiap waktu? sebab kawan saya selalu kena marah sebab kerja tak siap... saya syg dia sbg sahabat sye... nak tlg tpi tak taw nak buat apa...

  5. Anonymous says:

    salam,
    jadi rumusan untuk elakkan mengantuk adalah dengan:
    1. jaga pemakanan - NO JUNK FOOD & FATTY FOODS
    2. waktu tidur yang konsisten
    3. rahat yang mencukupi
    4. elakkan duduk dengan orang yang mengantuk..

    *saya akan cuba ikut tips abang raja.. sekian.. Terima kasih!

Leave a Reply