PEMILIHAN KUSUS SELEPAS MATRIKS


Sekarang pelajar matrikulasi ataupun yang tengah buat persediaan samada asasi ke atau apa sahajalah cukup concern tentang career, tentang kemana nak sambung study, tentang kursus apa nak buat kat IPT, IPT mana nak pergi dsbgnyalah. Actually isu ni abangraja dah ulas banyak kali dan dalam banyak artikel abangraja telah nyatakan tip2 untuk dijadikan pedoman. Namun hari ni dalam mood yang lain rasanya ingin abangraja tulis lagi tentang isu ni sebagai pedoman.

Pemilihan kursus dan IPT ni jadi satu bebanan sebab yang pertama adalah kerana result anda sewaktu di matriks atau kursus persediaan tu tak berapa bagus. Kalau result bagus tak payah nak concernpun benda ni sebab kita akan confident akan dapat kursus dan IPT yang kita nak tu ... so the problem is on those yang result tak berapa bagus... hehhehe ... Apa yang di musykilkan adalah adakah sesuatu kursus itu senang dapat kerja atau tidak ... adakah sesuatu IPT itu mampu keluarkan graduan berkualiti, di segani dimata majikan dan sebagainya. Jadi ada dua isu penting. Isu pertama tentang adakah sesuatu kursus itu senang dapat kerja atau tidak. Ini soal macro. Banyak faktor memainkan peranan termasuk faktor ekonomi semasa negara. Kalau gradutae zaman gawat maka kebanyakan kursuspun susah dapat kerja kecuali kursus-kursus profesional seperti doktor. Itupun ada jugak yang menganggur sekejap.

Masih abang ingat ada kawan yang buat medic kat Australia bila balik Malaysia tetap kena menganggur jugak hampir 6 bulan sebelum dipanggil bertugas di HUSM. Dia ni pelajar cemerlang lagi ... pemimpin mahasiswa lagi tapi still kena menganggur jugak ... kerajaan takde budget katanya. Faktor lain yang perlu diambil kira bila bercakap soal senang dapat kerja ini adalah frasa "SENANG DAPAT KERJA" ni ... ini bermakna kerja tu bukan anda yang punya tapi majikan yang punya. Bila begitu maka anda kenalah pastikan anda graduate memenuhi kehendak majikan pada masa anda graduate. Segala-galanya pastilah tentang kualiti diri anda. Bukan sahaja kualiti akademik tetapi juga kualiti diri sebab masa temuduga kerja inilah yang paling penting dilihat oleh bakal majikan.

Walaupun PNGK 4.00 sekalipun tetapi selekah, overconfident, kurang ajar, tak solat dsbg .. so masakan majikan akan tertarik dengan anda. Semuanya tentang kualiti. Maka soal kursus apa nak dipilih bukan penting sangat disini. Yang lebih penting adakah anda graduate dengan kualiti yang menyeluruh ... result bagus, ciri kepimpinan yang mantap dsbg. Kadang-kadang anda sudah memang bagus segala-galanya tapi tetap susah nak dapat kerja disebabkan kursus anda tu tak berapa diperlukan negara ... biotek contohnya. Semua orang bercakap tentang bidang ni sejak 5 tahun kebelakang. Tetapi adakah anda sudah buat research sejauh mana keperluan tenaga biotek ni dalam negara berbanding medic, akauntan, arkitek, lawyer, pentadbiran perniagaan, IT dsbg. Sejauh mana infrastruktur yang negara kita ada?

Sejauh mana pengembangan industri biotek ni contohnya. Semua ni anda mesti fikir bukan sekadar dengar orang sebut biotek maka andapun bunyi macam sedap je kat telinga maka terus anda pilih biotek sedangkan anda sendiri tak pernah tahupun secara mendalam bidang ni .. cara berkerja .. prospek pengembangan karier dsbg... which is very important for you to know !! Kadang-kadang dunia ni begitu kejam .. kalau anda berasal dari kampung dan kawan anda yang sekelas dgn anda di IPT tu orang bandar yang ada 'cable' baikkkkk dengan kerajaan ataupun mak bapak orang2 yang ada pengaruh dalam industri tertentu sedangkan anda have nobody ... then anda akan juga bermasalah nak dapat kerja.

Kawan anda yang ada cable tu senang je dapat kerja walaupun result tak berapa bagus berbanding anda .. walaupun anda punya result lagi bagus dari dia tapi anda tetap susah dapat kerja sedangkan kawan anda terus dapat kerja lepas grad (sebab mak bapak cable besar) ... inilah negara Malaysia dan saya pasti takde siapa nak sangkalkan kenyataan saya ni. Bukan soal rasuah atau cable atau kroni tu yang saya nak tekankan ... tak salah kalau ada cable tu .. sayapun akan guna cable ni kalau ada tapi yang paling penting ialah cara hidup kita sewaktu belajar di IPT. Kita kenalah berkawan dengan semua orang termasuk anak2 orang2 berpengaruh ni .. berkawan dengan jujur bukan terpengaruh dengan cara hidup mereka.

Ni tidak .. kalau asal Keratong Pahang tu .. berkawan dengan geng Keratongggg je ... tak reti nak berkawan dengan budak2 Kl, Langkawi, Penang ke ... bila grad mulalah susah nak dapat kerja. Kalau ada ramai kawan maka kawan2 nilah yang sikit sebanyak dapat dihubungi lepas grad untuk sama2 bantu dapatkan kerja. Soal IPT mana yang nak dipilih nipun juga penting. Ramai pelajar yang asal bunyi UIA atau UITM je terus mengelak nak masuk sebab katanya Bahasa Inggeris bahasa pengantar .. so nak mengelak ... BANGANG betullah budak2 ni ... awak belajar ni sebab nak dapat kerja .. nak bantu mak ayah .. so sepatutnya IPT macam nilah anda jadi tumpuan sebab bila keluar majikan berebut sebab Bahasa Ingeris bahasa pengantar.

Siapa anda untuk pilih2 IPT ni sedangkan kerja kat luar tu bukan mak bapak anda yang punya betul tak? Sepatutnya kita berebut nak pilih IPT yang hebat untuk kursus kita. Kalau nak buat accounting contohnya UiTM dn UUM dua pilihan utama .. UiTM english medium UUM Malay Medium contohnya ... so boleh pilih .. UUM ada niche lagi .. lebih spesific .. ada Forensic Accounting lagi ... UiTM lebih establish ... bahasa inggeris lagi bahasa pengantar .. so pilih ... Semua ni anda kena buat research laa .. bukan pakai belasah je ... USM contohnya salah sebuah IPT yang hebat dalam sains ... so nak buat kursus sains pergilah USM. UM bagi mereka yang suka persaingan dan kualiti yang tinggi contohnya ... Ada pelajar yang rendah diri result matrik rendah so purpusely apply UMS or UNIMAS kononnya gerenti dapat masuk U .. takpelah kursus Sarjana Muda Jaga Tandas sekalipun ... takpelah tak minatpun .. tak tahu apapun tentang kursus tu janji dapat masuk IPT lepas matrik .. perghhhh .. lagi sekali BANGANG punya decision. Decision yang menyusahkan diri, mak bapak dan masa depan.

Kesannnya anda dapat kursus tak minat pergi belajar di tempat anda tak suka selama 4 tahun . Bila keluar IPT tak dapat kerja duduk dirumah menanggung hutang PTPTN. Lepas 6 bulan kena blacklist .. nak beli kereta tak boleh .. apapun tak boleh ... so .. think carefully about your future ...!! Ada yang terlalu minat math so hidup atau mati nak buat kursus math ... ada yang nak jadi cikgu .. hidup mati nak masuk UPSI sebab jadi cikgu senang dapat kerja katanya.. SAPA KATA ?!!! Berlambak graduan bidang perguruan yang tak dapat kerja kat luar .. dulu lainlah berapa ramai je yang keluar IPT bidang perguruan ni. Sekarang ni UPSI sahaja dah beribu satu semester keluar, belum lagi fakulti pendidikan dari UKM, USM, dll.

Tambahan pulak dulu semua graduan perguruan ni kementerian pendidikan taja tapi laa ni ada yang PTPTN taja selain KPM .. so yang PTPTN ni harap paham2 laa kan ... lagi satu ijazah perguruan kat Malaysia ni bukannya diterima pakai untuk kerja disektor korporat macam Singapore. Kalau di Singapore .. anda graduate dalam bidang pendidikan lepas tu tak nak mengajar nak kerja dalam sektor korporat maka berebut kilang dan sektor swasta nak dan dibayar dengan gaji yang amat tinggi ... betapa kualitinya mutu pendidikan graduan pendidikan mereka.

Tapi kat negara kita berbeza ... anda graduate Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) ... mati hidup balik tobat susah anda nak kerja dengan kompani insurans sebagai pegawai statistik .. tak pernah dengarpun .. kerja anda hanyalah guru ! So tengoklah pulak situasi kerjaya perguruan setahun dua ni ... cikgu GSTT pun banyak dibekukan.. budget sekolah menengah hampir 50% kena potong. Pelajar asrama hari minggu kena balik takde peruntukan makan lagi untuk mereka hari minggu ... macam mana kerajaan nak ambik lambakan guru dalam ekonomi yang mendesak sebegini? Anda pulak nak kerja lain tak boleh ... so fikir-fikirkanlah ... 

Well .. after all ianya berbalik kepada niat kita. Belajar untuk kerja ke atau belajar untuk mencari ilmu bagi mendapatkan keredhaan Allah ... pastikan result anda amat cemerlang di IPT nanti tak kiralah IPT mana anda pergi. Pilihlah kursus yang anda minat dan juga diperlukan di pasaran kerja. Kedua-dua elemen ini mesti dikaji bersama. Lepas tu bila masuk IPT pastikan anda jadi peajar cemerlang, cemerlang segala-galanya... akademik, kepimpinan, jadi pemimpin mahasiswa, baik dengan dekan, pegawai HEP, naib chanselor, unit kaunseling, unit agama, selalu buat program kemasyarakatan, ada ramai kawan dari pelbagai peringkat termasuk jaga (pak Guard) universiti, penjahat (kawan2 yang nakal), orang alim (kaki surau), mat skema (rambut belah tepi), rockers (seluar cawat labuh), dan semua orang ... semua orang suka dengan anda ... anda pasti keluar SENANG DAPAT KERJA!

10 Responses so far.

  1. thanks for the article.. :)

  2. hmmm masih kabur lagi dalam cita2... article nie dapat membantu sedikit sebanyak

  3. GaRy™ says:

    saya pelajar lepasan matrikulasi & kini sedang dalam proses mengemaskini permohonan upu fasa 2... memang pening... banyak pilihan kursus & saya tak tahu yang mana sesuai dengan pointer yang saya dapat... bolehkah saya dapat? mudah kah saya mendapat tawaran dalam kursus tersebut? saya sendiri masih kabur dalam sistem pemilihan yang dijalankan oleh kementerian pengajian tinggi Malaysia... terima kasih atas nasihat ini... sedikit sebanyak membuka hati saya untuk berfikir lebih jauh tentang pilihan yang akan saya buat...

  4. alhamdulillah..lega ckit hati nie bila baca nasihat abg raja nie...tapi kan....klu bidang marine pulak camner abg raja?????
    senang dapat keje x???

  5. alhamdulillah.....lega ckit hati nie bila baca nasihat abg raja nih....
    Tapi kan....klu bidang marine plak mcm maner abg raja???
    Senang dpt keje x????

  6. mohon share bro....alhamdulillah info ini tepat dengan pegangan saya dalam memilih kursus selepas SPM dulu. memang benar apa yang DIKATAKAN.

  7. Terima Kasih Abang Raja...harap tahun depan dapatlah pelajar2 SMK Kajang Utama berjumpa abang raja lagi ya...info menarik...pandangan yang menarik....memang penting kita pilih kursus ni bukan sebab ikut orang..bidang biomedical pun sakit juga kerja gaji kecil sedangkan kerja banyak dan sama penting dengan doktor..pernah bercakap dengan pensyarah MSU...semua ni bergantung kepada hala tuju negara kita susah nak kata...pandangan mereka lain..saya pun kalau pelajar aliran sains ni result x brp ok minta dia tukar ke bidang bisnes jadi orang enterprising dan convensional sket..biasanya kalau buat ujian kerjaya mereka still ada trait personaliti tu...so bolehlah membantu...setakat ni pelajar2 STPM mmg teliti sikit bab pilihan kursus ni berbanding SPM...mohon share..

  8. assalamualaika
    kita pernah bertemu di mrsm transkrian 2009.
    kini saya pelajar tahun 1 UTM dalam kursus pengurusan(pemasaran).
    apa pendapat abang mengenai kursus ni?

  9. Anonymous says:

    mohon share untuk anak didik.info yang sangat membantu celik akal..

  10. Anonymous says:

    sangat membantu
    saya suka artikel ni
    banyak info yang boleh kita dapat
    isi-isi di dalam artikel sangat bernas
    tidak membosankan

Leave a Reply