PERDANA V6 Gear Box - Bagaimana perangai Tuan begitulah perangai kereta !


Malam tadi pukul 12.320 tgh malam baru sampai rumah .... seharian pack sangat jadual ... bukan apa pun mula2 tu pack dengan kerja kat pejabat tapi tengah hari semalam adik mintak tolong pergi ambik gear box kereta perdana dia yang repair kat Kota Bharu ... Sampai dalam pukul 5.00 petang kat workshop tu alamak benda tu tak siap2 pulak ... kena tunggu katanya pukul 9 malam baru boleh datang ambik ... siaplah tu katanya ...

Gear Box kereta perdana V6 adalah antara yang paling bermasalah bagi kereta Perdana ni ... rata2 orang yang abang jumpa baik pemilik ataupun orang yang tak pernah drive kereta ni mereka akan kata Perdana V6 ni Gear Box lah problem ... actually abangrajapun ada Perdana V6 ni tahun 2006 beli ... tapi so far abangraja takde lah pulak masalah dengan gear box kereta tu ... tambahan pulak abangraja cukup dasyat guna kereta tu memecut kejar kesana kemari untuk bagi talk ... seingat abangraja sebelum abangraja guna Pajero Sport utk berulang alik pergi ceramah kereta Perdana tulah yang abangraja lanyak ... uishhh ... kadang2 tu 3 bulan 2 kali service ... which means 15,000 km dalam masa 3 bulan ...

Tapi after 250,000 km barulah gearbox kereta perdana abang tu rosak tupun bila hantar ke workshop tu kena dalam RM2000 aja sekali dengan tambah satu lagi cooler plate kat depan tu ( 1 cooler dah dipasang oleh proton untuk model baru ...  pergi kat EON service hari tu diorang nak RM26,000 untuk tukar gear box ... GILA KE APE? Kedai potongpun yang second hand diorang jual gear box ni dalam RM3000 ke RM 5000 . So baik repair kat workshop tu ... RM 2000 utk gear box baru + cooler plate tambah lagi satu untuk sejukkan gear box ;)

Actually kan abangraja rasa orang yang guna perdana V6 ni diorang reti guna aja laaa ... memecut macam gila sikit ... kerta tu kategori kereta mewah mana boleh memecut MACAM TU ... BILA DIORANG BAWAK MERCEDES TAHU PULAK BAWAK SLOW AND STEADY ... LAGI SATU BUTANG HOLD DGN BUTANG O/D TU DALAM KERETA PERDANA JGNLAH SELALUI TEKAN OR GUNA SEBAB TULAH GEAR BOX ROSAK ...  seingat abang foreman kat EON servis selalu pesan dua butang ni tak payah tekan teruspun takpe sebab perdana v6 ni kalau service OK dia dah cukup pick up dah walaupun utk memotong ...

Lagi satu orang Malaysia ni tahu guna kereta je .. servis dan maintnenence tak reti ... macam kawinlah .. ramai kat Malaysia ni reti kawin je tapi utk maintain perkahwinan tu kenalah reti jugak ... badan kena jaga ... ubat kena makan ... kesihatan dan kecantikan serta penampilan kena sentiasa  laaa menyedapkan mata pasangan kita melihatnya ... ni tak mula2kawin semuanya cantik .. setahun je .. lepas tu kau belasash bedak sejuk hari2 dengan BAU BADAN YG BUSUKKKK TU !! ADEHHH ...

SEBUT PASAL KERTA YANG BERMASALAH NU KAN ANBANGRAJA RASA KERETA YANG BERMASALAH NI SEBENARNYA MENCERMINKAN TUAN PUNYA KERETA YANG BERMASALAH ... pengalaman abang servis kereta klat workshop2 abangraja selalu tengok tuan punya kereta yang cerewet2 ni ... kadang2 ada yg memaki hamun budak2 yg bekerja kat workshop tu selambanya ... benda2 kecik pun diorang begitu cerwet ... kereta kita ni  dia akan cerewet dengan kita bila kita ni cerewet ... dengan kata lain kereta ni dia akan turut perangai tuan ... kalau Tuan tu cerewet kerreta pun akan jadi cerewet lahh jugak ... 

Kalau Tuan tu nak servis keretapun berkira ... takut abis duit dsbg maka kerertapun akan mintaklah duit dari tuannya tu .. kejap2 rosak dsbg ... kalu tuan kereta tu berbunyi sikit waktu memandu kat mana2 dalam kereta tu dah bising kata kereta tu rosak maka selalulah kereta tu rosak tapi jkalau tuan kerta tu jenis yg tak cerewet maka kereta tu no problem aje ... tak percaya perhatikanlah ...

Lagi satu Pedana V6 ni tak boleh guna minyak gear yang proton bagi tu ... tu  kata foreman tempat repair gear box tulah ... dia kata sejak dia bukak workshop dah beribu2 kereta proton perdana V6 dia repair gear box ni dan masalahnya semua sama ... katanya minyak SP III yang proton guna utk gear box kerta perdana tu adalah antara punca gear box tu rosak sebab minyak tu tak berfungsi dgn baik ... itu yg dia belajar masa kursus kat Jepun katanya .. so dia syorkan tukar  guna minyak Dexron III !! Wahhhh kereta perdana V6 abangpun lepas rosak gear box after 250,000 KM hari tu sampai sekarang takde masalah dah guna Dexron 
III ni .... alhamdfulillahhhh ...

Sekarang guna Pajero Sport latest edition utk travel round M'sia ... perdana dok rumah ...  sesekali buat berulang ke ofis  .... tak tahulah pulak macam mana ... Pajero Sport ni sekarang 10,000 km kadang2 tu average mileage perjalanan sebulan .... hopefully everything will be ok. ... Sementara nak tunggu Gear Box kereta adik tu rosak pergi jalan2 kat KB Mall dan Parkson Kota Bharu ... actually tak suka sangat shopping ni sebab sakit kaki jalan2 macam ni ... dekat pukul 9 malam pergi balik workshop tu alamakkkk tak siap lagi laa pulak ... tunggulahhhhhhh jugak ... pukul 10.30 baru siap .. pukul 12.30 mlm tadi baru sampai rumah ... so tiring ...!!



3 Responses so far.

  1. ahmad says:

    Tranmission gear perdana v6 sya x berfungsi yg sepatutnya Apa masallah nya rosak atau sensor gear x berfunhsi. Saya mohon ada kawan boleh syor sya pomen yg bolehnrepair ok

  2. Anonymous says:

    Kami bersedia service dan repair gear box kereta. contact Nun Sim Auto Services hp 012 2829227 Nordin, Bandar Seri Damansara KL

  3. Anonymous says:

    Contact Nun Sim Auto Services, di SD5, Bandar Sri Damansara Kuala lumpur - Nordin 012 2829227 . Nun Sim, specialised in Gearbox repaired dan Engine overhaul

Leave a Reply