SUAMI CURANG !!


Hemmmm .. Dalam minggu ni saja 5 kes masalah rumahtangga abang cuba bantu dan cuba jadi pendengar yang baik utk masalah seperti ini. Kisah suami nak kawin lagi ni sebenarnya perlu diteliti baik2 sebab tak semuanya seperti yang kita expect ...  kadang2 very complicated .... betullah pendapat yang mengatakan kita tidak akan kenal seseorang itu sehinggalah kita duduk sebumbung dengan mereka ... dan betul jugalah pendapat yg mengatakan bahawa kadang2 perkahwinan tu pada masa sekarang is like a legal prostitutions .. yelah sebab bila inginkan seks maka balik rumah lakukannya dan bila dah tak nak maka tak balik rumah ... masing2 bawak diri dgn hal masing2 yg isteripun sama yang suami pun sama ... hemmm ... kadang2 bercinta betahun2pun belum pasti lagi kita mengenali seseortang individu itu...

Sebenarnya kisah suami curang atau isteri curang ni banyak berlaku tetapi tidak semuanya seperti yang  kita sangka. Kesalahan suami atau isteri itu perlu diteliti dari aspek ajaran islam terlebih dahulu dan pastinya bila segalanya berlandaskan ajaran Islam insyaAllah semuanya akan jadi baik ... baik kepada mangsa baik kepada anak2 dsbg.. yakinlah bahaw Allah sedang menguji anda samada sisuami ataupun si isteri.  Soal isteri curang ni taknaklah cerita lagi hari ni tetapi nak share sikit tentang suami curang ...

Apa yg dikatakan suami curang ni? Bagaimana kita nak kata suami tu curang Jika hanya bila suami ada affair dgn perempuan lain dikatakan curang adalah tidak tepat sebab agama bagi hak kepada suami utk kawin lebih dari satu .. itu adalah fakta .. menolak fakta ini maka ia nya menolak islam ... menolak islam adalah KAFIR hukumnya ... bukan sahaja islam , menolak sebiji huruf dlm Quran pun dah dikira kafir ... sebab  kalau nak Islam ni kena ambik semua tak boleh ambik sekerat2 ...

Pertama kita discuss dari aspek lelaki tu dulu  ... lelaki curang ni abang raja brasa ialah bila si isteri dah cukup baik berikan segala2nya yg terbaik tapi dia masih ada affair dgn ppuan lain .. affair yg macam mana iaitu hubungan rahsia yang membelakangi hak isteri pertama .. tinggalkan tanggungjwab dan sebagainya .. balik rumah sekali sekala makan minum pakai anak isteri dah tak terbela maka ini jahat namanya.. yang ni baru dikatakan suami curang ... tapi kalau suami sukakan ppuan lain pada masa yg sama dia tak lupakan tanggungjawab pada isteri pertama dan amat menyayangi isteri pertama dan anak2 cuma sekadar keinginan seksual suami yang tinggi, perhatian dan kasih sayang lebih yang suami perlukan, dan isteri pertama ada sedikit kekurangan menyebabkan si suami  mendambakan dia utk ada isteri lagi satu maka yg tu tak bolehlah kata suami tu curang bila dia nak kawin lagi satu sebab tu naluri ciptaan Allah.

Walau bagaimanapun cara suami berhubungan dgn ppuan kedua juga jadi saatu perkara yg perlu diteliti ... jika ppuan yang nak jadi isteri kedua tu perempuan yang baik maka pastilah perermpuan itu akan amat menghormati isteri pertama berikan setinggi penghormatan kepada isteri pertama sayangi anak2 isteri pertama dan amat rendah diri bukannya bakal isteri kedua ni tunjuk belang kata mengata maki hamun dan memijak2 kepala isteri pertama ... hahh .. kalu macam ni perempuan tu memang jahat dan si suami juga jahat sebab pilih perempuan macam tu jadi isteri kedua .. 

abangraja percaya jika hajat bermadu itu betul dan ikhlas kerana Allah.. Allah akan buka pintu hati isteri pertama utk menerima perempuan kedua dan juga AKAN TEMUKAN SUAMI DGN PEREMPUAN YANG BAIK2 BUKAN PEREMPUAN SEKSI MENGGODA YG JAHAT MULUT DAN PERANGAINYA... sebab kita semua pasti ada kekurangannya dan syurga seorang perempuan itu di bawah tapak kaki suami !!


Walau apapun bila ujian Allah datang tu maknanya Allah nak uji .. dlm kes suami curang ni si isteri perlulah banyak bersabar sebab disitu ALLAH hapuskan dosa .. bertindaklah mengikut saluran yg betul ... mahkamah kan ada ... bincang buat keputusan kalau dah tak sanggup mintak ceraipun boleh ... islam benarkan ... daripada jadi isteri derhaka baik cerai sajalah bina hidup baru dgn anak2 ... kalau betul suami buat silap dia akan kena balasannya .. tapi mana tahu isteri juga buat silap .. kadang2 bagi isteri mereka rasa mereka dah lakukan yang terbaik dan  mereka cukup sedih sebab suami tu ada ppuan lain ... tanpa mereka duduk dan pikir dan kaji kekurangan atau belaian atau kasih sayang atau perhatian yg mungkin kurang atau tak cukup ataupun perkara yang suami tak suka yang mereka keep on doing it .. dan akhirnya suami start cari lain...

Abangraja tengok dalam bnyk hasil kajian abangraja dapati orang lerlaki ni senang je nak jinakkan mereka .. bagi yang terbaik .. memang benrkah  ajaran Allah dan  sunah rasul tu ... kalau isrteri bekerja memang risiko suami ada affair tu tinggi sebab isteri nabi semua suri rumah .. khadijahpun bila kawin dgn nabi terus berhenti berniaga Nabi pulak take over .. kena pilih suami yang betul2 kuat pegangan agama .. bukan warak ... warak tak semestinya kuat pegangan agama .. tak semestinya aliran agama .. tak semestinya belajar sekolah arab belajar kat Mesir ... kena paham tu ... baru lah selamat sikit hubungan .. hah sebut pasal pegangan agama .. isteri jugak yg setuju kawin dgn lelaki macam tu pada peringkat awal ... bia dah kawin 5-6 tahun suami buat hal mulalah menyesal .. adehhh sabar ye Cik Kak !

Kadang2 orng lelaki ni ramai yg ego tingi melangit .. ini fakta ... Tuhan buat lagu tu .. kalau kutuk benda ni maka awak kutuk Allah .. syirik kecik namanya ... ada sebabnya Allah buat lagu tu ... kalau hina bewnda ni anda hina apa yang Allah buat ... 

Contohnya dia salah tapi susah nak mengaku mintak maaf ...   dia tak suka sesuatu tentang isteri tapi dia tak cakap ..  muyngki dia dah kias awal2 perkahwinan atau indirectly kias sepanjang perkahwinan tapi isteri tak paham take for granted maka perkara tu dia pendam  dan akhirnya jadilah suami tertarik dgn orang lain.. contohnya suami suka isteri seksi ... ada pak lebai ustaz tahfiz pun suka perempuan mcm ni ... isteri perasan benda ni sejak mula2 kawin lagi .. memanglah suami namnpk mcm lelaki baik dan isteri juga tudung labuh tapi masa kat rumah boleh je pakai short seksi2 depan suami .. suami kita kan .. dan bagi si suami dia takkan suruh isteri lagu tu sebab ego ..padahal suka sangat ... try buat .. perghhhhhh melutut dikaki isteri suami tu ... 

Lagi satu orang lelaki ni pelik sikit .. benda2 remeh temeh bagi orang perempuan pun bagi mereka kadang2 besar ... soal anak contohnya.. bila dah ada anak ramai isteri sibuk dgn anak2 maka kuranglah sikit perhaian ni.. sepatutnya SI SUAMI KENA TIMBANGRASA TAPI  biasanya TAK .. isteri dahla kerja balik kerja nak jaga anak lagi nak masak lagi si suami  ni pulak bila kurang perhatian dan kasih sayang mulalahhhh buat hal .. Lainlah kalau suami buat semua benda ... suami pun penat jugak balik rumah suami yang kena masak ... isteri tahu balik je bergolek dengan anak2 ... bagi alasan kerja ... suamipun kerja jugak ... balik rumah suami masak pulak .. isteri jaranggg sangat masuk dapur ... mulalah air tangan orang lain yang masuk dalam perut suami bukan isteri ...

Yang tadi tu isunya isteri kurang bagi perhatian ... Dengar ni Cik Kak ... !!! Apa2pun ... anak ada 20 orang sekalipun suami must come first .. ini ajaran agama .. ni tak ... Suami nak air anak pulak tengah nangis .. dia terkam anak dulu .. suami tgerkebil2 ... lepas tu bila dah dodoikan anak dgn isteri tu sekali tertido suami start kereta pergi minum dgn kawan niilahhh puncanya berlaku suami buat hal ni ... kadang23 bila isteri bekerja pukul 9 dah nak tidur si suami pulak pukul 9 tulah baru nak menggatal .. baru nak manja2 .. anak dah tidur bolehlah nak bincang2 nak kongsi hal2 kerja tapi isteri dah tergoleh dengan anak2 ... hahhhhhh ... maka datanglah pelbagai dugaan dalam rumah tangga !!

Hemmm ... ok biarlah ... sekarang yang dah belaku biarlah berlaku ... kita kena terus maju keedepan jgn kerana suami ada perempuan lain kita terhoyong hayang jadi tak tentu arah .. tengok kisah Masyitah dan Sumaiyah .. perempuan2 agung islam yang kental dan kuat semangat juangnya .. dugaan yg Allah bagi tu semunya meguji keimana kita ... rezekikan Allah yang bagi .. jangan takut tak boleh bagi makan anak2 ... bila dah rasa tak serasi boleh mintak cerai kat mahkamah .. suami tak nak ceraikan pun ada caranya kan ...  selesai masalah  tak payar nak heboh2 besarkan ceritra .. soal anak Allah kan ada .. doakan yg terbaik .. mana tahu nanti jumpa suami baru orang beriman yang soleh yg boleh jaga anak2 kita ... teruskan berdoa ...

Lagi satu kenapalahh Allah bagi kat kita ujian ni ..?? Kenapa lahh kita dalam ramai2 ppuan ni Allah buat suami ada perermpuian lain .. mestilah ada silap kita .. takpun mestilah Allah pilih kita maka adalah sebabnya ... so janganlah tak redha .. senyum dan redha ... soal anak2 tu sape nak jaga serah kat Allah ... yang penting jgn jadi perempuan yang mudah hilang kawalan ... menjerit2 bergaduh sana sini .. buat malu orang je ... bertenang .. senyum.. teruskan hidup .. teruskan berdoa .. bnykan bersedekah sebab sedekah ni boleh bantu kita dalam kesempitan ...

Percayalah degan takldir Allah ... sesungguhynya Allah maha mengetahui ... bersabar OK. Pasti besar ganjaran Allah untuk mereka yang bersabar ! Banyak lagi benda lain nak pikir ... kewrjaya, anak2, mak ayah kita, adik beradik kita dsbg. Jangan kerana suami ada perempuan lain kita jadi tak tentu arah ... redha saja ... pasti adalah kekurangan kita kat mana2 .. terima kekurangan itu dan serah kat Allah .. kalau benar suami tu jahat dia akan dapat balasannya !! TRUST ME !!

6 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    pertmama skli sye suka ape yg abg raja tulis ni..nk tnya...knpe mnuasia sgup mati demi inta abg raja?

  2. Anonymous says:

    Encik Raja,

    Saya akui memang kurang perhatiang sebagai isteri. But i just wanted to ask you ....setiap insan ada juga 'conscience' dan integriti diri. Jikalau mahu dikira isteri yang kurang, lelaki cari lain. Kenapa kah suami itu tidak pula mencari alternatif lain mendidik isteri, kalau secara direct tak jalan? lelaki juga ada tanggungjawab dan bukannya salah isteri tidak beri perhatian sahaja.

    seperkara lagi, kalau suami cari perempuan lain, dikatakan isteri tak pandai jaga laki. Sekiranya wanita cari lelaki lain, wanita itu digelar betina jalang? Jikalau suami itu sendiri tidak pernah mendidik isteri - mengajak solat berjemaah, berbincang tentang agama (baca Yassin pun tidak, apatah lagi Al-Quran ketika di rumah). tetapi suami sanggup pula tipu isteri dan anak2 bercuti hujung minggu bersama 'kawan' beberapa kali setahun..sedangkan isteri di rumah uruskan anak2 dan keperluan rumahtangga? Ya, saya tahu suami mempunyai hak, tetapi kalau suami sanggup menipu, berpura-pura, berlakon sebagai alim ulama sehingga semua orang percaya...tiba-tiba bila tembelang pecah, dikatanya "Oh kerana isteri ego, isteri pemarah". isteri pemarah, suami tak tahan. Bila suami marah, isteri dan anak2 terima sahaja dan salahkan diri mereka masing2 kerana "ABAH KAN PANDAI, Mummy bodoh....so kita hormat ABAH ya?" rupanya dalam diam2, berlakon dan punyai pasangan lain. Dimanakah keadilannya?

    Encik Raja walaubagaimana pun rumahtangga zaman sekarang harus ada kerjasama. sekurang2nya kejujuran. Iya, kalau tak suka isteri, cakap terus terang. bincang dengan orang tuanya, atau bincang dengan guru agama. Kalau tak boleh juga, putuskan dengan cara elok, bersopan, terhormat.

    Bukan dengan cara menipu dan berpura-pura, dan bila isteri yang minta cerai, suami marah pula.

    So, Encik Raja...... salah isteri, salah juga. Salah suami pun, lebih kurang saja (atau lebih teruk?)

  3. Anonymous says:

    WAH!!!!
    bez ar artikel nie...
    ley di jadikan sebagai panduan..

  4. starshine says:

    sya sudah berikan segala-gala dalm rumah tangga...hingga semua keperluan, makan pakai...semua jadi tanggunggan sy sepenuhnya....tetapi kerana sayanng dan kerana sy percaya qada dan qadar tuhan..sudah 10 thun kawin akhirnya sya redha dan terima dgn ikhlas hati tanpa berkira pun dgn suami..tp bila suatu hri dia menyatkan dia ingin berkhawin lgi...cuba banyangkan apa yng tinggal untuk saya sebagai seprang osteri yg setia???

  5. Anonymous says:

    laki gatal hanya pentingkan diri sendiriiii.

  6. Anonymous says:

    nape asyik nk kena pikir pasal laki je??..dh ade anak mmg la sibuk,sbb kena jaga budak kecik yg tak tau ape2..kita sbg ibu bapa kna membimbing anak2 tu..takkan sbb duk nk pikir suami tak dpt perhation anak dibiarkan saje..so,lelaki jgn la pentingkan diri sendiri dgn mengatakan tak dpt perhation dr isteri bile dh ade anak..ingat isteri ni sume robot ke ape??..kalo dh sama2 keje, isteri pn penat jgk..agaknye nasib baik la nafsu laki tu hanye 1..

Leave a Reply