Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog abangraja. Untuk segala pertanyaan berkaitan tempahan program bolehlah hubungi pejabat Golden Minds Consultant ... sila hubungi Cik Saa di talian 012 - 3598767 atau 09-7868787 .... terima kasih
Jangan berhujah sesuatu berasaskan prasangka kerana bumi ini hanya persinggahan sementara sahaja untuk dikesali

-YM Raja Shamri

Abang Raja bercakap tentang teknologi sikit ... : Mac and Microsoft


posted by abangraja on , ,

No comments

 

Semalam bermula dari pukul 5 pagi (berhenti solat subuh jap) lepas tu terus mengadap PC sebab kena install Parralel Desktop 7 untuk membolehkan softwares yang di gunakan di Windows boleh digunakan juga di Mac ... actualy dah 3 hari download parralel desktop 7 dan windows 8 developer preview ni ... lembab sungguh walaupun dah guna streamyx ... kalau kat Saudi kemudahan Streamyx or jalur lebar ni di berikan percuma je kepada rakyat dengan kelajuan 3 kali lebih laju dari negara kita ... actually infrastruktur kemudahan ini bukannya mahalpun tengok jelah kita pasang wifi kat rumah beli satu router dah boleh jadi wifi ramai orang sekeliling kita boleh guna .... 

Lepas download and install paralel desktop 7 ingatkan boleh install SPSS dan AMOS terus rupanya tak boleh kena install windows dulu so tunggulah pulak depan pc install windows 8 developer preview lepas tu baru install SPSS dan AMOS yang uitm bagi ... uitm dah ada lesen utk product ni ... tengah2 install SPSS dan AMOS ni tiba2 terperasan ada crack untuk SPSS Standard Edition Version 20 untuk Mac .... wahhhh terus download dan install ... emmmm sejam lebih pulak ... hasilnya memang mengagumkan ... interface yg jauhhhhhhh amat cantik dan user friendly berbanding SPSS versi windows ...


SPSS dan AMOS ni adalah antara software penting untuk buat research di seluruh dunia ....  semua penuntut IPT seluruh dunia yang terlibat dengan thesis dan research tak kira bidang apa harus belajar menggunakan software ni bersama beberapa software lain yang wajib seperti Endnotes dsbg. Kalau nak ambik course utk belajar softwares ni kat luar diorang charge sampai RM1500 seorang utk 3 hari ... perghhhhhh ... tapi abang explore sendiri je disamping tunjuk ajar dari profesor ... terlalu taksub dengan apa yang terjadi bila bridging antara Mac dan Windows tengok2 dah pukul 12 tgh hari .. alamakkkk tak sarapanpun lagi ...

Terus bersiap keluar rumah pergi sarapan or lunch terus pastu pergi ziarah abah tengok keadaannya ... abah nampak makin pulih tapi asyik demam je ... mungkin kesan tindak balas radioteraphy kot .. tapi alhamdulillah kencing dah tak tersumbat dan tak berdarah lagi ... hopefully B17 dari biji Apricot yang diberikan tu akan terus membantu abah pulih ...

Balik dari rumah abah try run SPSS AMOS on windows 8 tru Macbook Pro tersangkut pulak ... aikkkkk !!! Alamakkkkk ... kena re-install lagi ... emmmm ... kalaulah ada SPSS Amos versi Mac kan bagus ... tak payah migrate dan bridging dari Mac to Windows ... 

Setahun lebih mengenali, menyayangi, membelai, explore ... product Mac dan memiliki Macbook Pro, Ipad2, Iphone, MacBook Air, Ipod ... rasanya takkan tukar dah kepada Windows based or microsoft sebab teknologinya terlaluuuuuu jauh advance, bagus, reliable dan user friendly. Apps juga banyak walaupun masih ada yg tak boleh guna seperti SPSS AMOS versi 20 yang latest tu ... but i believe IBM is working towards that sebab di US dan negara maju lain microsoft dan windows dah tak laku compare to Mac .. just di negara membangun dan tak maju je Microsoft memanipulasi pasaran ... Research dari Cornell University menunjukkan pengguna yang guna Applikasi Mac adalah lebih 3.2 kali productive dan laju berbanding Windows / Microsoft ... infact kalau nak buat presentation, nak buat animation, Mac is the best ... sepertimana pengasas Pixar jugak adalah pengasas APPLE (Steve Jobs) ...

Next year satu office nak tukar kepada Mac .. semua PC office will use Mac ... Cik Saa and Mazlan get ready ye !!

Oppssss ... ada meeting dengan MAA Assurance ... Management Meeting !


Leave a Reply

Apa pendapat anda tentang program yang anda sertai bersama ABANGRAJA ?

ANNOUNCEMENT