Setelah 10 tahun ...



Tahun 2013 bermakna genaplah 11 tahun abang jadi motivator secara sepenuh masa dan tertubuhnya Golden Minds Consultant ... segala2nya yang berlaku berpunca daripada tekanan dan keperitan yg dilalui yg mencipta keinginan untuk melihat anak bangsa yg baik dapat dilahirkan akhirnya menjadi kenyataan ...

Keadaan diri yg sentiasa dibuli dari kecik, keperitan hidup, sikap bangsaku yg sentiasa dengki dan busuk hati sesama sendiri telah menjadikan tekad dan azam untuk aku lakukan sesuatu dlm skala yg besar bagi menyumbang ke arah pembentukan dalaman yg positif segenap warga .. ternyata bermacam2 dugaan dan hinaan telah diterima untuk sampai ketahap ini untuk melalui 10 tahun pengalaman ini ...

Dicaci, dihalau .. tidak dibayar ... adalah lumrah yg pernah diterima ... Malah bukan sahaja dahulu ... tahun 2012 nipun masih ada yang cukup menghinakan dengan menghamburkan kata-kata cukup pedih ... ya mungkin aku tidak sepopular penceramah lain dikaca TV ... sering muncul dgn kupasan pelbagai topik ... tapi itu mungkin kerana aku sendiri yg mengelak media ... kerana hidupku ini dibesarkan dikelilingi ramai mereka yg dekat dengan Tuhan ... dan si alim yg ramai ini sentiasa berpesan padaku akan riak dan takbur bila berada di media yg mana sifat ini bakal membunuh diri dan keberkatan kerjaya pendakwah seperti ku ... Program akan makin lama jadi tawar ... umat akan tetap lakukan kerosakan ... tengoklah sekeliling ... penceramah tumbuh seperti cendawan tetapi kemungkaran dan jenayah tetap juga bertambah ... tiada roh dlm dakwah ... 


Dan kerana itu juga aku sentiasa berhati-hati bila di media ... bukan semua ku tolak tapi aku tidak kejarkan populariti seperti itu kerana bagi aku tugasku yg Allah tentukan adalah untuk bersama2 mengajak manusia untuk jadi kuat dan tabah, redha dan syukur serta sentiasa berusaha menjadi yg terbaik ... anak yg baik ... pelajar yg baik .. pekerja yg baik ... ibubapa yg baik .. ahli masyarkat yg baik ... itu sahaja yg aku fikirkan ...

Dan kerana pilihan ku itulah aku masih tidak sepopular mana seperti motivator lain kerana itu pilihan ku .... tak mengapa ... walaupun sudah sebelas tahun ... dan aku puas kerana sudah ramai doktor dan jurutera malah PhD holder yg telah lahir dari peserta program ku itu ... namun menyingkap peristiwa 2012 bila ada yg keterlaluan menghina terasa lemah seketika ...

" Siapa Raja Shamri tu?? Who is he..?? " ... !! Ask him to call me back ..!!  dan bermacam2 lagi dengan nada sinis, dengan pelat english seperti kami di Golden Minds ini semuanya muda2 dan tidak berpendidikan ...

ya kami memang muda2 disini ... jiwa kami sentiasa muda dan bertenaga untuk mencipta lebih bnyk program baru dan berusaha memberikan yg terbaik untuk peserta program ... polisinya ialah : Kekalkan Harga yang Berpatutan dengan Program yang amat berkesan ...

Boleh dibanding dengan consultant lain yg berada pada liga yang sama dan kami pasti kami antara yg termurah ... lebih 3 kali ganda lebih murah ... dan keberkesanan program ??? Kami serah kepada Allah sebab bagi kami, kami tidak berhak untuk mengatakan ianya satu program yg berkesan atau tidak ... biarlah peserta program kami yg nilai sendiri ... Bagi kami di Golden Minds kami hanya mahu berkongsi, menyumbang dan membantu kearah pembangunan jiwa warga ... pembangunan diri dan bangsa ... agar sentiasa menjadi kental dan hebat ... selebihnya telah kami serahkan lamaaaaa dulu kepada Tuhan ...

Tahun 2013 yg bakal menjelang juga bermakna keringat sudah tidak sekuat dulu ... abangraja tidak lagi sekuat dulu untuk berdiri sebelah kaki sepanjang hari membina jiwa muda anak Malaysia ... Apatah lagi untuk kendalikan program 3 hari seperti dulu ... sakit kaki yg melecet dan berdarah setiap kali tiba waktu petang setelah habis mengendalikan program sememangnya tiada siapa yang tahu dan pernah melihatnya ... biarpun Rustam yg dah 9 tahun bersama membawaku ke mana-mana ...

Namun itu tidak begitu penting atau isu utama ... yang paling penting bukan berapa lama kita hidup tetapi adakah selama kita hidup itu kita telah lakukan yg terbaik setakat yg kita mampu ... Abangraja berharap bukan tahun 2013 yg bakal menjelma ni sahaja malah sampai bila2pun kalian akan terus bersama abangraja ... sama2 kita bina jiwa anak Malaysia kearah yg lebih kuat, hebat dan cemerlang !

Jumpa anda di tahun 2013 dengan banyak lagi program baru, modul baru dan pastinya impak yg lebih mantap !!


I LOVE YOU ALL !

Regards,
Abangraja

8 Responses so far.

  1. good luck abg raja! semoga dipermudahkan urusan utk membina ank bangsa.... :-)

  2. salam,
    first time i met you,.. it was 5 years ago when i was in form 4,.. but still, your wisdom words still stick in my mind,..

    and last time i met you, infront of golden minds' office in pasir puteh, you still talk and invite me to your office even i approach to you inappropriate ways(berseluar pendek, tangan kotor tgh repair motor lol)

    teruskan usaha murni abang raja..
    selamanya abang raja,....
    tq abang raja

  3. hanya syukur dan terima kasih saya panjatkan kepada Allah kerana telah menemukan saya dengan abang... insyaAllah saya juga mahu menjadi seorang anak melayu yang berjaya..yang akan juga memberi sumbangan bakti untuk agama, bangsa dan negara...

  4. salam,
    first time i met you abang raja, it was 5 years ago when i was in form 4.. since that, your words simply change my mind

    and last time i met you,infront of your office in pasir puteh, you still talked and invited me to your office to me even i approached to you in inappropiate dress(berseluar pendek, tangan penuh dgn minyak hitam duk repair moto mase tgh cuti sem)

    semoga Allah swt sentiasa bersama anda,
    teruskan usaha murni abang raja untok anak bangsa
    selamanya abang raja~~

  5. how strong you are abang raja,may ALLAH ease evrything.

  6. Anonymous says:

    Guane ore tu dok kenal ngn abg raje, ketinggalan betul. Mokcik hok tukang sapu hok dok tahu guane nok online pun kenal abg raja... malu kat mokcik, dok blaja tinggi pun cerdik lagi... Anyway teruskan perjalanan anda ramai yang bersama anda walaupun hanya dari jauhhh..;)

  7. Salam....
    semoga abang Raja akan terus gemilang seperti sekarang....
    Abang Raja...MY IDOL...
    i Am the bachelors student in psychology now...
    I want to be Like you....
    thank you abg Raja...
    Semoga Abang Raja akan trus berjaya...di dunia dan akhirat...
    insyaAllah...

  8. kesian abang raja.. banyakkan berehat tau .. :')

Leave a Reply